Mat Tah bin Sulaiman terjatuh ketika memanjat pokok petai
di Bukit Memaya, Pulau Jerijak...
di Bukit Memaya, Pulau Jerijak...
....
....
Dahulu dipenuhi hutan belukar kini kawasan ini dipenuhi pokok durian dan sebagainya
.........
Paling hampir ialah batang pokok bidara tersebut yang kini telah mati dan menunggu masa untuk menyembah bumi
.....
Disekitar kawasan inilah dipercayai Mat Tah terjatuh 45 tahun yang lalu dan jenazahnya ditemui berkeadaan dimana dadanya tertusuk oleh tunggul kayu yang baru ditajamkan.
.....
.....
.....
: Imbasan Peristiwa :
Hari itu hari Rabu 14 April 1965.
Saya masih berada di rumah Tok Achek di Batu 13, kerana mengadakan kenduri aruah, saya ketika itu baru berusia 7 tahun. Kehilangan ayahanda tercinta Ahmad bin Sulaiman pada Rabu minggu sebelumnya masih terasa dan kali ini kami dikejutkan pula dengan berita malang yang menimpa Ayah Uda iaitu panggilan saya bagi Mat Tah bin Sulaiman. Ayah Uda mati kerana dikatakan terjatuh ketika memanjat pokok petai di Bukit Memaya.

Sebaik sahaja menerima berita, petang itu juga saya, abang, Wek dan Tok bergegas ke Pulau Jerejak dengan berjalan kaki dan kami sampai di rumah Wan Meriam di Paya Lubuk hari sudah malam. Dalam kegelapan malam itu saya memijak anak tangga dan naik kerumah yang suram hanya diterangi api pelita, jenazah Ayah Uda kelihatan berada di satu ruang dalam rumah. Ayah Uda yang mendapat kemalangan pada pukul 4.10 petang tadi jenazahnya telah dibawa dari tempat kejadian ke rumah Wan Meriam. Ketika saya berada disisi jenazah Ayah Uda kelihatan seorang anggota polis dari Balai Polis Kg. Awah membuka kain penutup jenazah dan anggota polis itu menyuluh menggunakan lampu picitnya untuk melihat dibahagian dada Ayah Uda yang tercedera itu lalu dengan loghat Negeri Sembilan saya mendengar anggota polis itu berkata "Macam kena kapak" dan ungkapan itu masih terngiang-ngiang ditelinga saya sampai kehari ini.
Pihak polis telah memberikan masa selama enam bulan kepada waris sekiranya ada sebarang keraguan berkenaan dengan kejadian tersebut untuk pihak polis membuka kertas siasatan bagaimana tempuh tersebut berlalu begitu sahaja.

Adakah benar Ayah Uda terjatuh dari pokok petai atau ada unsur-unsur jenayah disebalik kejadian ini yang masih menjadi misteri yang belum terungkai ... hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui !
- Catatan oleh : Mohd Nasir bin Ahmad
Cerita lisan daripada Jaafar bin Mat Rani :
Kira-kira enam bulan selepas kejadian, beliau terjumpa kesan darah kering yang banyak disatu kawasan tepi paya tidak berapa jauh dari tempat kejadian ini berlaku. Katanya kesan darah tersebut tertutup oleh daun-daun kering....